BUDAPEST – Dua pakar cuaca terbaik Hungary dipecat kerana tersilap membuat ramalan cuaca hingga mencetuskan kekecohan politik.
Ia susulan penangguhan pertunjukan bunga api terbesar di Eropah yang dijadualkan pada petang Sabtu lalu untuk meraikan Hari St Stephen menjadi menjadi cuti umum negara ini.
Kira-kira 40,000 bunga api telah sedia untuk dilancarkan dari 240 tempat di sepanjang 5 kilometer di Sungai Danube di tengah Budapest.
Bagaimanapun, tujuh jam sebelum acara bermula, kerajaan terpaksa menangguhkan acara itu susulan amaran cuaca ekstrem.
Namun, yang berlaku di kawasan itu adalah sebaliknya apabila cuaca baik.
Hujan lebat yang diramalkan oleh Perkhidmatan Meteorologi berubah arah dan melanda bahagian timur Hungary.
Perkhidmatan Meteorologi itu menyiarkan permohonan maaf secara terbuka di halaman Facebook mereka pada hari Ahad, menjelaskan bahawa ramalan yang dibuat adalah ‘kemungkinan berlaku’ dan ‘ketidakpastian’.
Namun alasan itu sudah terlewat.
Pada hari Isnin, Menteri Inovasi Laszlo Palkovics memecat ketua perkhidmatan meteorologi berkuat kuasa serta-merta. – BBC