Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuji kelab Liga Malaysia (Liga M), Kuala Lumpur City (KL City) FC merangkul kejuaraan Zon Asean Piala AFC 2022 sekali gus mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya.

Tunku Ismail menerusi satu hantaran di Instagram berkata, pencapaian dilakar skuad The Hawks itu merupakan sesuatu yang membanggakan walaupun beroperasi dengan bajet terhad setiap musim.

“Bajet 10 juta setahun sahaja. Juara Piala Malaysia, Juara Zon Asean Piala AFC. Tahniah KL City FC. Satu kerja yang bagus Stanley Bernard, Bojan Hodak dan juga pemain,” kata Tunku Ismail.

KL City sebelum itu melaungkan amaran awal serius dalam mencabar kejuaraan Piala AFC 2022 apabila menjuarai Zon Asean, kelmarin.

Anak buah Bojan Hodak muncul juara selepas membelasah kelab Liga Indonesia, PSM Makassar, 5-2 dalam perlawanan akhir di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Kemenangan itu menyaksikan KL City menjadi kelab pertama Malaysia memenangi fasa Zon Asean selepas kejuaraan tersebut distruktur 2017. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast