MGNews : 20,000 Ambil Bahagian Dalam Sambutan Hari Kebangsaan 2022

Jumlah anggota kontinjen bagi Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka meningkat hampir 20,000 orang berbanding sebelum ini , 16,000 orang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, penambahan peserta dalam perarakan kali ini dibuat atas permintaan pelbagai pihak dan ia merupakan angka yang terbesar setakat ini.