KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM4.30 seliter tempoh 1 September 2022 hingga 7 September 2022.
Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel masih lagi kekal pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette