Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tidak ada sesiapa yang boleh memaksa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang.

Ini kerana, Perdana Menteri perlu komited mengekalkan intergriti dalam mentadbir negara meskipun terdapat pelbagai pandangan disuarakan kepadanya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, Perdana Menteri perlu komited mengekalkan intergriti dalam mentadbir negara meskipun terdapat pelbagai pandangan disuarakan kepadanya.

“Sesiapa saja boleh beri pandangan tapi kerajaan keluarga Malaysia pimpinan Perdana Menteri Datuj Seri Ismail Sabri Yaakob akan kekal istiqamah mengekalkan integiriti dan mendegar hati nurani rakyat. Lain-lain syor dan cadangan bersifat kepentingan kumpulan, puak, kita anggap sebagai pandangan peribadi.

”Kerajaan perlu kekal mengutamakan integiriti dalam setiap tindakan kerajaan dan tiada sesiapa yang boleh cuba memaksa Perdana Menteri melakukan sesuatu yang tidak kena pada keluhuran undang-undang, pengasingan kuasa dan integriti Kerajaan Keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman bahawa sesiapa pun yang dilantik menjadi Perdana Menteri mesti melantik Peguam Negara (AG) dalam kalangan orang beliau.

Kata Azalina, jawatan itu penting bagi Perdana Menteri kerana ia adalah jawatan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu Annuar berkata, prinsip pengasingan kuasa merupakan perkara yang telah diketahui umum selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskannya sebelum ini.

“PM tegaskan soal prinsip pengasinhan kuasa, integiriti dalam uruskan kerajaan dan tadbir urus baik adalah perkara paling utama. Lain-lain cadangan yang lari daripada dasar itu tidak akan dilakukan kerajaan pimpinan PM, tak kira daripada siapa pandangan itu datang,” tambah Annuar.

Dalam pada itu, Annuar enggan mengulas lanjut sama ada Azalina perlu melepaskan jawatan sebagai Penasihat Undang-Undang Perdana Menteri selepas mengeluarkan kenyataan berkenaan.

“Saya tak nak komen mengenai mana-mana individu, itu polemik politik. Tanggungjawab kita dalam kerajaan kena ikut apa yang Perdana Menteri tetapkan,” katanya lagi.-MalaysiaGazette