Lokman Noor Adam slander Syariah Chief Judge Dr Mohd Na’im Mokhtar sexual harassment
Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR – Pegawai Khas Perdana Menteri hari ini membuat laporan polis terhadap Datuk Lokman Noor Adam kerana didakwa membuat kenyataan fitnah terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dr Kamarul Zaman Yusoff membuat laporan polis itu di Balai Polis Presint 7, Putrajaya dekat sini pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

Kamarul Zaman mendakwa Lokman Noor Adam telah membuat fitnah terhadap perdana menteri menerusi satu siaran langsung Facebook mengenai kandungan “perjanjian” Ismail Sabri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kes berkenaan dirujuk ke Ibu Pejabat Daerah Sepang dan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi mengesahkan terdapat laporan berkaitan kes berkenaan. – BERNAMA