g Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berjalan keluar selepas mendengar keputusan sama ada Mahkamah Rayuan membenarkan atau menolak rayuan untuk membatalkan 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 05 SEPTEMBER 2022.

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini telah menerima empat daripada 13 rayuan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram (AMLA) yang dihadapi bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini.

Ketika membacakan keputusan, panel hakim yang diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said bersama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali membuat ketetapan menolak dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini dalam sembilan kes membabitkan rasuah dan AMLA.

Keputusan yang dibaca hampir satu jam itu oleh Abu Bakar itu menyatakan mahkamah membatalkan empat kes berkaitan penggubahan wang haram iaitu AMLA manakala enam lagi kes AMLA yang lain dan rasuah dikekalkan.

Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling kekal dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas sembilan lagi dakwaan ke atasnya berhubung rasuah serta AMLA pembinaan projek jalan raya di Perak dan Kedah.

“Proses membatalkan sesebuah kes perlu mengikut beberapa kriteria. Mahkamah tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan kuasa itu sebaliknya hanya untuk kes-kes penindasan atau ketidakadilan.

“Dalam kes ini yang dikemukakan oleh perayu (Abdul Azeez), mahkamah mendapati keperluan untuk menggunakan kuasa itu tidak perlu.

“Mahkamah berpuas hati bahawa sembilan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya tidak cacat dan tidak memprejudiskan perayu.

”Oleh yang demikian mahkamah ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dalam sembilan dakwaan kes terhadap perayu,” katanya.

Oleh yang demikian, prosiding di hadapan Hakim Azura Alwi akan diteruskan dan sebutan ditetapkan pada 7 September ini.

Sebelum ini, Abdul Azeez telah didakwa atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah dan 10 tuduhan AMLA melibatkan RM13.9 juta.

Beliau merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin pada 12 Mac 2021 yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan.

Beliau berdepan dengan  pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah melibatkan Lebuhraya Persisiran Pantai Baru dan kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak).

Perbuatan itu didakwa dilakukan olehnya di CIMB Bank, Jalan Tun Perak di ibu negara pada 8 Disember 2010 dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.

Beliau turut didakwa atas 10 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah keseluruhan RM13.9 juta yang didakwa diterima daripada syarikat Menuju Asas Sdn Bhd.

Kesalahan pengubahan wang haram didakwa dilakukan di kawasan Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.

Dalam pada itu, Abdul Azeez tidak bercakap dengan para media yang sudah menunggunya sebaliknya terus meninggalkan mahkamah menaiki kenderaannya sejurus selepas keputusan dibacakan sekitar pukul 11 pagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kes rasuah Azeez ditentukan hari ini