KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen seliter kepada RM4.20 seliter bagi tempoh 8 September 2022 hingga 14 September 2022.
Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel masih kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter, kata Kementerian Kewangan bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.
Menurutnya, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette