Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin mewakili Menteri Besar  ketika Majlis penutupan Malaysian Polytecnic and Community College Sustainable Award 2022 (MPCCsustAward22) di Dewan Sri Mahkota, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Semambu hari ini

KUANTAN – Inisiatif sempadan hijau pada tahun lalu yang melibatkan sempadan enam negeri merupakan salah satu usaha dalam mengurus pembangunan mampan (SDG) dan efektif bagi menangani isu berkaitan alam sekitar.

Negeri yang jiran yang terlibat sebagai sempadan hijau ialah seperti Terengganu, Kelantan, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor Bharu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy berkata, pelbagai usaha itu dilakukan sebagai menjunjung titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Beberapa inisiatif lain bertujuan untuk memastikan kawasan sempadan Pahang dengan negeri yang terlibat akan terus terjamin kelestarian alam sekitarnya.

“Justeru Kerajaan Negeri Pahang mempelbagaikan inisiatif yang dilaksanakkan di perigkat agensi menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya menerusi teks ucapan.

Teks ucapan Wan Rosdy dibacakan oleh Pengerusi Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin hari ini.

Shahaniza merupakan wakil rasmi Menteri Besar  ketika Majlis penutupan Malaysian Polytecnic and Community College Sustainable Award 2022 (MPCCsustAward22) di Dewan Sri Mahkota, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Semambu.

Difahamkan Pahang juga akan menyediakan beberapa loji jana kuasa solar sebagai usaha mempromosikan teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui.

Jelasnya, antara salah satu tenaga boleh diperbaharui terbesar di negeri ini ialah loji jana kuasa biogas di Bera.

Selain itu kata Wan Rosdy strategi yang telah dilaksanakan seperti zon rendah karbon pusat bandar Kuantan, initiatif sempadan hijau, penyediaan loji jana kuasa solar dan hari tanpa kenderaan.

“Usaha ini sebenarnya dapat mempercepatkan pembangunan dalam sekitar ekonomi hijau, penghasilan tenaga mampan dan transformasi sektor air yang perlu kekal menjadi teras kepada pembangunan sosio-ekonomi negara,” katanya.

Jelasnya segala keputusan yang diambil dalam tadbir urus  negeri selepas ini perlu mengambil kira prinsip alam semula jadi dan sosial. – MalaysiaGazette