Pemain Liverpool meluahkan kekecewaan selepas pasukannya kalah teruk 4-1 di tangan Napoli dalam aksi pembukaan Kumpulan A Liga Juara-Juara Eropah pada Rabu.Kredit Getty Images/BBC Sport

MILAN – Sikap Liverpool yang memandang rendah kekuatan lawan memakan diri apabila dibelasah 4-1 oleh kelab Serie A Itali dalam aksi pembukaan Kumpulan A, saingan Liga Juara-Juara Eropah musim 2022/23 awal pagi tadi.

Dalam perlawanan pertama yang beraksi di Stadio Diego Armando Maradona semalam, the Reds kendalian Jurgen Klopp selaku pasukan pelawat dikejutkan seawal minit ke-5 perlawanan separuh masa pertama apabila tuan rumah membuka jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Piotr Zielinski.

Liverpool yang langsung tidak menjangkakan gol awal itu terus menyusun strategi serangan balas bagi memburu gol penyamaan bagaimanapun terus buntu.

Napoli yang begitu agresif dan bertenaga mempamerkan aksi berintensiti tinggi selepas mudah membaca corak permainan dan kelemahan di bek pertahahan lawan.

Hasilnya, benteng pertahanan Jurgen Klopp yang dibarisi Virjil van Dijk sekali lagi tumbang kepada kelincahan jentera serangan pasukan tuan rumah yang berjaya memecahkan benteng pertahanan lawan sekali lagi pada minit ke 31 dan membuka gol keduanya.

Belum sempat untuk memikirkan serangan balasnya, kelab England itu sekali lagi ditunjukkan mimpi ngeri oleh tuan rumah apabila Napoli berjaya menjaringkan gol ketiganya pada minit ke-44 menerusi Simeone sebelum separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 3-0 memihak kepada Napoli.

Ia merupakan aksi pembukaan yang terburuk daripada Liverpool apabila pemainnya Joe Gomez bergelut untuk menguruskan ancaman Osimhen atas padang sebelum Osimhen meninggalkan padang akibat kecederaan sebelum separuh masa pertama ditangguhkan.

Bagaimanapun, pengganti Osimhen iaitu Simeone, hanya memerlukan tiga minit untuk membuka gol dalam aksi Liga Juara-Juara kali ini sekaligus menyebabkan Liverpool terus kaku dengan serangan agresif berintensiti tinggi yang dipamerkan Napoli di gawang gol lawan dan terus buntu untuk menambah jaringan.

Bermulanya separuh masa kedua, Napoli terus mengatur serangan agresif di gawang Liverpool dan akhirnya sekali lagi menghukum pasukan pelawat itu dengan gol ke empat yang hadir pada minit ke-47 menerusi rembatan Zielinski.

Napoli mendapat sepakan penalti yang kedua untuk menggandakan gol namun sepakan itu berjaya dinafikan oleh penjaga gol the Kops.

Gol tunggal dan juga jaringan saguhati skuad Jurgen Klopp hadir menerusi Diaz pada minit ke-49.

Bagaimanapun, gol pada awal separuh masa kedua itu gagal membantu the Reds bangkit mencari kemenangan dengan defisit gol yang agak besar itu.

Dalam pada itu beberapa pengulas sukan yang memerhatikan perlawanan tersebut termasuk bekas pemain legenda Anfields, Jamie Carragher membidas corak permainan yang ditunjukkan oleh Liverpool sebagai memalukan dan tidak mencerminkan semangat juang yang lazim dipamerkan sebelum ini.

Bekas pemain Liverpool itu mensasarkan Virjil van Dijk dan beberapa pemain utama lain iaitu James Milner dan Fabinho dan menggelar mereka tidak bermain serius, bodoh dan bermain seperti kanak-kanak.

Mohamed Salah dan Van Dijk juga mendapat beberapa peluang cantik untuk menbuka jaringan namun disia-siakannya.

Liverpool dalam aksi malam tadi gagal menguasai bola di atas padang yang lazimnya dilihat sebelum ini dan ternyata kesilapan di bahagian pertahanan telah dihukum oleh pasukan tuan rumah.

Nampaknya Liverpool terpaksa melupakan peluang gelaran pada musim ini.

Dengan kekalahan itu Liverpool menduduki tangga ketiga dalam kumpulan A tanpa sebarang mata manakala Ajax yang berpesta gol menentang Rangers mengungguli kumpulan dengan tiga mata dan begitu juga dengan Napoli di tempat kedua. – BBC Sport.com