BAYAN LEPAS – Perdana Menteri akan berjumpa dengan ‘Top Five’ UMNO dalam masa terdekat ini bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pertemuan itu mungkin diadakan lebih awal sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan pada 7 Oktober depan.
“Macam saya cakap sebelum ini, sebarang keputusan akan dibuat oleh Top Five UMNO jadi kita tunggu perjumpaan membabitkan pimpinan itu.
“Perjumpaan itu mungkin akan lebih awal daripada tarikh pembentangan bajet,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada masih ada peluang PRU15 diadakan tahun ini selepas majlis perasmian Kongres Teknologi dan Inovasi Dunia (WCIT) 2022 di Spice Arena di sini, hari ini.
Top Five UMNO merujuk kepada Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Perdana Menteri sendiri. – MalaysiaGazette
lucu bukan umno dan bn yang menguasai majoriti kerajaan sekarang…pimpinan umno banyak skandal RASUAH PECAH AMANAH dan dalam rujukan MAHKAMAH….PANDIR masih nak rujuk top 5
NABI AJAR JANGAN LIBAT RASUAH…HARAMMMM DAN KERJA SYAITAN DAN IBLIS