Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah buat pertama kalinya menyediakan perkhidmatan alatan untuk para pesakit yang menjalani sesi rawatan rehabilisasi menerusi driving rehabilitation service.

KUANTAN – Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah (SASMEC @IIUM) menyediakan perkhidmatan alatan untuk para pesakit yang menjalani sesi rawatan rehabilisasi menerusi driving rehabilitation service.

Perkhidmatan itu adalah bidang khusus yang dilaksanakan oleh Jurupulih Perubatan untuk menilai tahap keupayaan individu atau pesakit untuk kembali memandu selepas kecederaan, penyakit atau hilang keupayaan.

Menurut Pengarah SASMEC @IIUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Saufi Awang, alatan tersebut merupakan pertama seumpamanya di Hospital Pengajar UIAM Zon Pantai Timur.

Dr. Mohamed Saufi Awang
Dr. Mohamed Saufi Awang

Driving rehabilitation service ini bakal menjadi kelebihan dan peluang kepada Unit Rehabilitasi SASMEC @IIUM untuk meluaskan perkhidmatan kepada masyarakat dan menjadi perintis dalam memacu bidang pemulihan di Wilayah Pantai Timur.

“Dengan adanya peralatan ini, ia dapat membantu para pesakit yang memerlukan rawatan tersebut dan dalam masa yang sama SASMEC @IIUM dapat meluaskan lagi perkhidmatan kesihatan kepada pesakit yang memerlukan.

“Peralatan tersebut terletak di Unit Rehabilitasi SASMEC@IIUM dan dioperasikan oleh tenaga-tenaga pakar sebagai salah satu alat untuk kegunaan pesakit sebagai rawatan rehabilitasi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jelasnya, perkhidmatan bidang khusus yang dilaksanakan oleh Jurupulih Perubatan (Carakerja) untuk menilai tahap keupayaan individu atau pesakit untuk kembali memandu selepas kecederaan, penyakit atau hilang keupayaan.

Penilaian dapat dilakukan kepada pesakit dengan lebih tepat dari segi kemahiran mengendalikan kenderaan dan juga kepantasan dalam bertindak serta dapat melatih pesakit untuk lebih berkeyakinan dalam pemanduan.

Tambahnya perkhidmatan ini bermula pada 2019 dan telah menerima rujukan daripada Hospital Tunku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang. Kelulusan untuk wujudkan perkhidmatan ini adalah sebahagian daripada Pelan Strategik SASMEC @IIUM 2021-2022.

“Malah beberapa kakitangan Unit Rehabilitasi telah menjalani latihan di Hospital Rehabilitasi Cheras Kuala Lumpur sebagai persediaan untuk merawat pesakit yang memerlukan rawatan tersebut.

“Jurupulih Perubatan (carakerja) bertanggungjawab untuk menawarkan perkhidmatan rawatan secara holistik yang merangkumi aspek pengurusan aktiviti harian, bermain dan juga rekreasi dan berkemahiran dalam mengendalikan perkhidmatan ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast