Puad Zarkashi Rengit Johor state election Muhyiddin Yassin resign PPBM
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri sudah mengeluarkan arahan agar Datuk Seri Najib Razak diberi rawatan terbaik.

Oleh itu, pihak-pihak yang terlibat jangan ada yang memadai melayan Najib seperti banduan Guantanamo, kata Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO ini turut meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) wajar siasat dan pantau isu ini.

Katanya, Najib bukan minta keistimewaan tetapi hak perubatan tidak boleh dikompromikan.

Najib diberi ubat generik padahal beliau sanggup tanggung kos beli ubat.

Malah, menurut beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun dibenarkan duduk lama di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, turut dibenarkan diberi rawatan pakar Jerman.

Tambah beliau lagi, Kementerian Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan perlu tampil memberikan penjelasan yang lebih telus.

Ini kerana, macam-macam yang didengar termasuk wad tidak bertingkap.

Malah, Najib sukar menentukan waktu solat kerana tiada jam dinding, ujarnya. – MalaysiaGazette