KUALA LUMPUR – PKR mencadangkan pemberian tunai sebagai salah satu daripada jalan penyelesaian isu subsidi petrol.
Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Wong Chen, cadangan itu dikemukakan ketika bertemu dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 13 September lalu untuk berbincang mengenai Belanjawan 2023.
“Kami sedar bahawa sebahagian besar daripada kebanyakan subsidi hilang akibat aktiviti penyalahgunaan dan penyeludupan. Kami berpandangan bahawa subsidi petrol bersifat universal semasa adalah tidak mampan dan memberi manfaat berlebihan kepada golongan kaya daripada golongan B40.
“Oleh itu, PKR mencadangkan supaya kerajaan meneliti penetapan harga berperingkat dan juga pemberian tunai sebagai suatu penyelesaian isu subsidi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PKR turut diwakili naib presidennya Nurul Izzah Anwar dan Fuziah Salleh.
Parti itu juga menggesa kerajaan untuk mula meneroka sumber hasil lain yang lebih progresif berikutan jumlah subsidi yang meningkat kepada RM77.7 bilion.
Ia termasuk mengenakan cukai keuntungan modal ke atas saham dan cukai harta pusaka.
Kerajaan juga dicadangkan mengarahkan Petronas untuk merombak dan mengurangkan margin keuntungan tinggi semua vendor Petronas.
“Dengan melaksanakan dasar vendor yang lebih berdaya saing, telus dan bertanggungjawab PKR percaya bahawa keuntungan Petronas dapat meningkat secara mendadak.
“Kami berpendapat bahawa peningkatan keuntungan Petronas ini adalah tersangat penting bagi mengurangkan tahap hutang negara yang tidak lagi mampan,” katanya.
Kerajaan juga diminta supaya mengetatkan pengurusan semua projek-projek mega tidak kira sama ada dibiayai secara langsung atau melalui inisiatif kewangan swasta (PFI).
“Kerajaan hanya harus meneruskan projek yang sedang berjalan supaya siap atau projek yang dianggap amat perlu. Projek-projek ini harus dilakukan secara tender terbuka dan kompetitif dengan harga yang berpatutan.
“Yang paling penting adalah memastikan projek tersebut mampu menjana pengganda ekonomi yang baik,” katanya.-MalaysiaGazette
Dulu kutuk subsidi cash bersasar BN menerusi BR1M… PHancing PKR fitnah tipu bohong HASUT rakyat konon king is cash… rasuah rakyatlah. Sekarang PHancing dan PKR nak jilat balik tahi cadang dan sokong pemberian cash??? Kebobrokan apakah ini? Ingat rakyat mudah diperbodohkan… Jahanam negara kalau PHancing PKR memerintah