Gambar hiasan. Foto Twitter

NEW DELHI – Penerbangan membawa para pemain kriket antarabangsa yang sepatutnya berlepas dari Uttar Pradesh terpaksa dibatalkan selepas enjin pesawat rosak.

Pesawat sebuah syarikat swasta itu dijadualkan membawa para pemain kriket pasukan Afrika Selatan dan England.

Para pemain itu berada Uttar Pradesh untuk bermain siri kriket dunia.

Penerbangan itu sepatutnya berlepas dari lapangan terbang Kanpur di Uttar Pradesh ke Indore, sebuah bandar di negeri tengah Madhya Pradesh.

Pesawat IndiGo Airline itu dilaporkan terpaksa melakukan pemeriksaan untuk mencari masalah teknikal yang berlaku. – Xinhua