KUALA LUMPUR – Ketua Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara mengejut selepas menghadiri program parti itu, di Sungai Besar, malam tadi.
Jamal yang sebelum ini pulih daripada penyakit kanser paru-paru tahap empat yang dihadapinya kini kembali sakit dan dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, di sini.
Perkara itu disahkan sendiri anaknya, Amin Daniel Jamal kepada MalaysiaGazette sambil memaklumkan keadaannya bapanya itu stabil dan kini dipantau rapi doktor pakar hospital berkenaan.
“Ayah saya tiba-tiba rebah ketika menghadiri sebuah program BN di Sungai Besar dan saya sendiri membawa ayah ke Prince Court untuk mendapatkan rawatan.
“Pihak hospital masih menjalankan ujian darah untuk mengenal pasti punca sebenarnya kesihatan dia merosot,” ujarnya.
Terdahulu, Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar menghadiri satu program BN di Sungai Besar. – MlaaysiaGazette