Adun Bayan Lepas Amanah, Azrul Mahathir Aziz memberi usul ketika Konvensyen Nasional 2022 Parti Amanah Negara di Klana Resort Seremban, Negeri SembilanFoto MUHD NA'IM, 17 SEPTEMBER 2022.

SEREMBAN – Parti Amanah Negara (Amanah) perlu meletakkan calon yang boleh menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Perwakilan dari Pulau Pinang, Azrul Mahathir Aziz menegaskan, faktor umur calon parti tidak perlu dipertikaikan sekiranya beliau seorang yang masih muda.

Malah beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas berkata, calon yang sudah tua juga tidak boleh diketepikan sekiranya beliau diterima masyarakat di kawasan tersebut.

“Bila sentuh mengenai PRU15, bagi saya dan ahli parti di Pulau Pinang adalah pilihan raya paling besar, bapa, datuk, nenek yang kita akan hadapi tidak lama lagi

“Jadi saya dan perwakilan berharap pimpinan kawasan dan negeri sama adan Awan (Angkatan Wanita Nasional) Pemuda dan sebagainya mari kita bersatu dan kurang politiking dalaman supaya kita terus maju dan menang dalam pilihan raya

“Apabila fikir isu calon sama ada Awan, Pemuda malah bagi saya orang tua pun tak apa lah asalkan dia calon boleh menang.

“Tak guna letak orang muda, tapi masyarakat tak terimanya dan tak ada guna letak orang tua pun jika tiada komitmen daya usaha untuk maju kawasan dan negeri.

“Jangan kita fikir ini kawasan orang muda dan orang tua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Pidato Presiden pada Konvensyen Nasional Amanah di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Amanah, Mohamad Sabu. – MalaysiaGazette