UiTM memungut dua emas, satu perak dan tiga gangsa diikuti dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dua emas dan satu perak kemudian disusuli oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP) di carta ketiga kedudukan pasukan dengan pungutan dua emas.

SERDANG- Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendahului carta kedudukan teratas
pungutan pingat emas sehingga hari ketiga Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia
(Sukum) 2022 di sini hari ini.

Tahniah

Semalam, emas kedua UMP diperoleh menerusi acara berbasikal road bike (RB) VIP
individu (lelaki) oleh Prof Madya Dr Mohd Fakhrurrazi Ishak.

Pada hari ketiga kejohanan SUKUM ke-44 hari ini, menyaksikan beberapa acara sukan
yang dipertandingkan iaitu bola sepak veteran, bola sepak senior, bola jaring, badminton,
bola tampar lelaki dan wanita, petanque dan dua sukan yang baru bermula di peringkat
kumpulan iaitu tenpin boling dan hoki lelaki.

Sebanyak 21 kontinjen daripada universiti awam (UA) dan Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) bersama hampir 4,000 orang atlet dan pengurus pasukan yang terlibat dengan
kejohanan SUKUM 2022.

Sebarang maklumat lanjut dan info semasa kejohanan boleh diakses melalui laman portal
SUKUM ke-44 https://sukum2022.upm.edu.my/ dan Facebook rasmi Universiti Putra
Malaysia (UPM) https://www.facebook.com/UniPutraMalaysia – MalaysiaGaztte