Pasukan polis sedang melakukan siasatan di lokasi seorang lelaki membakar dirinya. Foto Kyodo.

TOKYO – Seorang lelaki dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas membakar dirinya berhampiran pejabat Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida.

Menurut laporan TV Asahi, lelaki itu membakar dirinya kerana menentang cadangan kerajaan untuk melakukan pengebumian negara untuk bekas Perdana Menteri, Shizo Abe yang mati dibunuh.

Perkara itu diketahui susulan penemuan sekeping nota berhampiran lelaki itu.

Setakat ini polis dan Pejabat Perdana Menteri belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Menurut laporan stesen televisyen itu, seorang anggota polis yang cuba memadamkan kebakaran turut cedera.

Abe, ditembak mati pada 8 Julai ketika berkempen dan upacara pengebumian negara yang dibiayai secara terbuka untuk menghormati beliau akan diadakan pada 27 September ini.

Keputusan itu menjadi kontroversi kerana upacara pengebumian negara jarang berlaku di Jepun.

Malah, tinjauan orang ramai turut menentang keputusan tersebut. – Agensi