asyraf wajdi dusuki
Asyraf Wajdi Dasuki

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki meminta Lim Guan Eng dan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) menjawab dua soalan berkaitan Pengerusi DAP itu.

Beliau bertanya bagaimana individu yang mengaku dirinya seorang akauntan yang gagal dan sedang melalui perbicaraan kes rasuah boleh pula dilantik sebagai Menteri Kewangan untuk menjaga duit negara sehingga Malaysia menjadi pasaran saham paling corot dalam dunia bahkan banyak pula aset negara yang dijarah.

Selain itu, Asyraf Wajdi mempersoalkan bagaimana kes rasuah Guan Eng boleh digugurkan oleh Jabatan Peguam Negara di tengah perbicaraan setelah mahkamah memutuskan ada kes prima facie, bahkan 25 saksi telah pun dipanggil.

“Saya percaya rakyat masih menunggu jawapan selepas empat tahun,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

 

 

Beliau mengulas laporan media mengenai Guan Eng dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil serta Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang mahu penjelasan mengapa pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan prima facie dalam kes visa luar negara yang dihadapi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pada 3 September 2018, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melepas dan membebaskan Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo, serta ahli perniagaan, Phang Li Koon daripada dakwaan bersubahat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menzahirkan rasa terkejut dengan keputusan itu, selain menegaskan keputusan menarik balik kes berkenaan diputuskan Jabatan Peguam Negara.

Jabatan Peguam Negara tidak meneruskan pendakwaan kes rasuah itu selepas mendapati bukti dikemukakan di mahkamah adalah lemah. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. PAKATAN HANCING PUNAH HARAPAN melancarkan TABUNG HaraPAN kononya negara sudah bangkrap dan banyak hutang…AKHIRNYA mereka bangkrap IDEA utk tadbir negara

  2. Dakwaan di mahkamah gugur sebab dilantik jadi menteri. Kalau tak percaya sila lantik si perasuah jadi menteri.

Comments are closed.