Superintendent Ashari Abu Samah. Avaa Vanja husband slaps daughter domestic violence Kampong Pisang Bersiri-siri
Superintendent Ashari Abu Samah

KUALA LUMPUR – Tiga suspek lelaki berumur antara 20 hingga 30 tahun direman empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan kes siasatan pergaduhan di kawasan hiburan di Jalan Tun Razak hingga menyebabkan seorang warga Australia cedera.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt. Ashari Abu Samah berkata, polis menerima laporan mengenai pergaduhan itu pada jam 4.54 pagi.

Siasatan awal mendapati sekumpulan lima hingga enam lelaki tempatan telah memukul seorang warga asing secara beramai-ramai dan salah seorang daripada suspek telah menggunakan objek dipercayai senjata tajam sehingga mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Mangsa cedera di bahagian belakang leher, badan dan juga telapak tangan dan telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur.

Keadaan mangsa yang cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan enam lelaki di kawasan pusat hiburan.

Lelaki warga asing itu berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital.

Ashari berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata yang boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Katanya, polis masih meneruskan siasatan dalam usaha mengesan suspek lain yang masih bebas.

Orang awam yang melihat kejadian yang berlaku diminta tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan ke Pusat Kawalan IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222. – MalaysiaGazette