KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Bangladesh bagi membantu siasatan berhubung kes samun pada 2017 di Jalan Tun Sambanthan di sini.

Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dalam satu kenyataan memaklumkan lelaki itu ialah Mohammed Kazi Kamrul iaitu pengadu kepada kes berkenaan dengan nombor pasport BL 0885743 dan beralamat terakhir di 223, Tingkat 2 Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur.

“Polis sedang menjalankan satu siasatan bersabit laporan Brickfields 14631/17 mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan supaya mengesan semula pengadu bagi tujuan bantuan siasatan serta pemulangan barang kes,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Brickfields Insp Yeo Joo Boon di talian 016-5159 755 dan kerjasama orang ramai amat dihargai. – Bernama