KUALA LUMPUR – Pengacara popular, Zulin Aziz mendedahkan dia baru sahaja mengalami keguguran pada bulan lalu.
“Sabarlah, saya baru saja gugur (keguguran) bulan lepas,” tulisnya.
Pada masa sama, Zulin menegaskan pertanyaan sebegitu tidak seharusnya diajukan serta bertegas untuk tidak mahu menjawab soalan yang sama lagi.
Jelasnya, seseorang itu seharusnya lebih peka sebelum bertanyakan soalan yang agak sensitif, terutama melibatkan peribadi termasuk cahaya mata.
“Kalau nak tanya soalan walaupun kita tak tahu, elak tanya soalan berbaur sensitif. Kau tidak ada common sense (peka) kalau tanya soalan.
Pada 20 Februari lalu, Zulin yang juga pelakon sah bergelar isteri kepada Farhan Norzaini selepas sudah lama berkenalan dan mereka sama-sama menguruskan perniagaan menjual makanan. – MalaysiaGazette