Foto Instagram Zulin Aziz.

KUALA LUMPUR – Pengacara popular, Zulin Aziz mendedahkan dia baru sahaja mengalami keguguran pada bulan lalu.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Zulin menerusi perkongsian di Insta Story setelah ada yang bertanya tentang bila dia akan mendapat zuriat.
“Saya baru lepas gugur, orang tanya bila nak ada anak.

“Sabarlah, saya baru saja gugur (keguguran) bulan lepas,” tulisnya.

Pada masa sama, Zulin menegaskan pertanyaan sebegitu tidak seharusnya diajukan serta bertegas untuk tidak mahu menjawab soalan yang sama lagi.

Jelasnya, seseorang itu seharusnya lebih peka sebelum bertanyakan soalan yang agak sensitif, terutama melibatkan peribadi termasuk cahaya mata.

“Kalau nak tanya soalan walaupun kita tak tahu, elak tanya soalan berbaur sensitif. Kau tidak ada common sense (peka) kalau tanya soalan.

“Macam dulu, waktu saya single (solo), orang tanya bila nak kahwin, kalau aku kahwin dengan suami kau baru tahu,” ujarnya.

Pada 20 Februari lalu, Zulin yang juga pelakon sah bergelar isteri kepada Farhan Norzaini selepas sudah lama berkenalan dan mereka sama-sama menguruskan perniagaan menjual makanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast