Foto Facebook Perak FC.

KUALA LUMPUR – Pasukan Liga Perdana, Perak FC  kini sudah boleh mula merangka persiapan lebih baik bagi memastikan pasukan itu menjadi bertambah mantap selepas  selepas pasukan itu sah akan bertanding dalam saingan Liga Super musim depan.

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi menjelaskan, usaha awal pihaknya tetap dengan pengukuhan struktur kelab serta membina kembali Perak FC.

“Ia adalah perjalanan yang sungguh menarik. Kini, Perak FC boleh membina skuad dengan lebih teliti dan realistik untuk bersaing dalam Liga Super bersama pasukan-pasukan yang terhebat di Liga Malaysia (Liga M).

“Dengan kembalinya Perak FC ke Liga Super, kami akan mencuba sesuatu yang baharu untuk memastikan penyokong berasa bangga yang anda peminat setia Perak FC,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.
Pada 13 September lalu, Perak FC turut mengumumkan pelantikan Lim Teong Kim sebagai Ketua Jurulatih bagi musim 2023 akan datang yang menandatangani kontrak dua tahun dengan pilihan untuk memperbaharui kontrak selama setahun lagi.

“Sebagai tanda penghargaan, kami ingin mengucapkan terima kasih atas kerja keras pihak pengurusan serta semua kakitangan Perak FC dan dalam usaha untuk memastikan Perak FC mematuhi syarat-syarat perlesenan kelab, tanpa mengira posisi Perak FC di liga.

Terdahulu, First Instance Body (FIB) memaklumkan tiada aksi playoff bagi merebut dua slot Liga Super 2023 membabitkan pasukan juara dan naib juara kelab Liga M3 dengan dua pasukan terbawah Liga Perdana 2022.

Ini kerana hanya tujuh kelab dari Liga M3 yang membuat permohonan namun penyerahan dokumentasi mereka tidak lengkap. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast