Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa mulai esok, 30 September 2022.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, arahan itu bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah.

Ia juga selaras dengan ketetapan terkini kerajaan berkaitan kelonggaran prosedur operasi standrad (SOP) pencegahan Covid-19, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Walau bagaimanapun, pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau masih digalakkan.

Namun, Mohd Ajib berkata, individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema serta mereka yang berisiko tinggi seperti warga tua serta kanak-kanak amat digalakkan untuk memakai pelitup muka.

”Marilah kita semua berusaha untuk mengimarahkan masjid dan surau pada setiap masa bersama-sama ahli keluarga dan jiran tetangga agar kesejahteraan masyarakat dan negara dapat dibina,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Sekian, terima kasih.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast