KUALA LUMPUR – Timbul spekulasi di Twitter bahawa UMNO sudah menetapkan tarikh untuk Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15).
Dalam satu ciapan, Bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Rais Husin Mohamed Ariff mendakwa PRU-15 akan diadakan pada 12 November depan.
“UMNO bermesyuarat malam ini pada PRU-15. Didakwa ini adalah tarikh:
12 Oktober – Umumkan PRU-15
29 Oktober – Pencalonan
12 November – Hari Mengundi
“Jika ini benar, maka UMNO/BN sangat tidak bertanggungjawab kerana banjir akan menjadi besar dalam tempoh itu. Rakyat menderita. Tendang mereka keluar untuk selamanya!” tulisnya di Twitter.
Rais demikian di sebalik mesyuarat Top Five (lima pemimpin utama UMNO) yang diadakan petang ini dan disusuli mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti itu pada sebelah malam.
Media hari ini melaporkan mesyuarat UMNO itu akan membincangkan hala tuju PRU-15.
Mesyuarat itu dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan dan tiga naib presiden parti termasuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Perdana Menteri. – MalaysiaGazette