Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah ketika menghadiri sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 25 JULAI 2018
Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah ketika menghadiri sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 25 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat diberitahu sejumlah 261 rakyat Malaysia telah diculik dan ditipu di empat buah negara antara April hingga akhir September tahun ini.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, daripada jumlah itu, baki 90 lagi rakyat negara ini masih menunggu proses membawa mereka pulang ke tahahair.

Kesemua mereka kini berada di empat buah negara iaitu Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand.

“Dalam empat negara ini, yang terbanyak ialah di Kemboja iaitu 139 telah dibawa pulang dan 56 masih dalam tahanan dalam proses.

“Kita memang berusaha sedaya upaya. Kementerian LuarĀ  bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen (JIM) dan sebagainya sentiasa kerja sama untuk kesan mereka dengan kerjasama pihak berkuasa empat negara tersebut dan setelah dikesan, mereka ditahan sementara untuk disiasat dan setelah selesai bawa balik.

“Pada 8 Septemner, saya ke Phnom Penh dan esoknya esok saya pulang dengan 24 orang yang telah kita selamatkan,” katanya ketika menjawab sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Saifuddin menjawab pertanyaan Datu Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam-PN) yang ingin tahu tindakan yang telah diambil oleh pihak kementerian bagi membantu warga Malaysia yang telah ditipu dan diculik oleh sendikit penipuan pekerjaan terutamanya di rantau Asia Tenggara.

Jelas Saifuddin lagi, mesyurat jemaah menteri pada 21 September lalu telah mengarahkan supaya satu Jawatankuasa Khas melibatkan agensi-agensi berkaitan ditubuhkan.

Ia bagi menangani isu secara bersepadu dan menyeluruh yang diketuai Saifuddin.

“Pihak Kementerian Luar telah mengadakan pertemuan denhn ketua-ketua Perwakilan Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand pada 30 September lalu dan menyatakan pendirian Putrajyaa yang prihatin dan memandang serius perkara ini.

“Malaysia ingin mendapatkan kerjasama negara-negara yang terlibat dalam menggiatkan usaha mengesan serta menyelamatkan warganegara Malaysia yang menjadi mangsa.

“Kesemua mereka telah menyatakan komitmen kerajaan masing-masing untuk memberikan kerjasama erat dalam menangani isu ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette