Kawalan ketat sekitar pintu utama Istana Negara pada hari ini yang dipercayai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memohon perkenan pembubaran parlimen di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 06 OKTOBER 2022.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, di sini, hari ini.

Perdana Menteri dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong menjelang Belanjawan 2023 yang bakal dibentangkan di Parlimen, petang esok.

Namun, kehadiran Ismail Sabri di Istana Negara hari ini mendapat perhatian umum berikutan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 30 September lalu yang memutuskan agar PRU15 diadakan pada tahun ini.

Ekoran itu, desas-desus kuat menyatakan Perdana Menteri juga akan memohon perkenan baginda bagi pembubaran Parlimen Penggal ke-14 untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setakat berita ini ditulis, MalaysiaGazette belum dapat pengesahan waktu sebenar pertemuan Perdana Menteri dengan Yang di-Pertuan Agong.

Ini kerana, MalaysiaGazette difahamkan baginda akan mencemar duli ke Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) Cawangan Ampang, kira-kira jam 10.30 pagi ini.

Sementara itu, Perdana Menteri pula dijadualkan menghadiri Program Lawatan ke Agensi Malaysia Research Accelerator For Technology and Innovation (MRANTI) dan Mimos di Taman Teknologi, di sini, kira-kira 9.30 pagi ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast