Presiden Lembaga Pemegang Amanah, Datuk Norman Abdul Halim. Foto SYAFIQ AMBAK, 30 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – Pengumuman Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan sebanyak RM177 juta untuk sektor kreatif telah membawa khabar gembira buat penggiat seni.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU, Datuk Norman Abdul Halim berkata, peruntukan sebanyak RM50 juta untuk Dana Penerbitan Filem Kenegaraan (Dekan) bagi memacu industri kreatif tempatan adalah satu langkah terbaik dilakukan kerajaan.

“Kelmarin merupakan hari gembira buat penggiat seni atas usaha kerajaan memperuntukkan dana Dekan RM50 juta.

“Insya-Allah, negara kita dapat memperbanyakkan lagi kisah-kisah khusus berkaitan sejarah negara, sekali gus menyemarakkan jati diri penonton,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Norman turut memuji usaha kerajaan merangsang pembangunan program merakyatkan seni, budaya dan warisan di peringkat akar umbi dengan peruntukan berjumlah RM25 juta.

“Dana disediakan untuk seni dan budaya merupakan penghargaan kepada karyawan tanah air dan penggiat seni bagi memperkayakan khazanah warisan tanah air.

“berita ini juga pasti membawa khabar positif kepada industri kreatif dalam memperkayakan lagi warisan budaya negara kita, secara tidak langsung mengangkat nama Malaysia ke tahap global,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast