Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dengan pembubaran Parlimen dan pilihan raya dijangka berlaku pada bila-bila masa, parti-parti politik juga giat mengadakan mesyuarat.

Sinchew Daily melaporkan, Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) pada asalnya mengadakan mesyuarat pada 8 Oktober, tetapi ditunda kepada 9 Oktober sebelum ditunda lagi kepada 11 Oktober.

Mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur itu dijangka  membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, selain isu pilihan raya, isu semasa lain termasuk berkaitan Bajet 2023 juga akan dibincangkan.

Mengenai permohonan tujuh parti politik untuk menyertai BN, Sin Woon berkata, perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat sebelum ini, tetapi tiada keputusan dibuat.

Kali terakhir mesyuarat Majlis Tertinggi BN diadakan ialah pada 15 Ogos lalu dengan fokus kepada persiapan parti-parti komponen untuk menghadapi pilihan raya umum.

Susulan mesyuarat itu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Majlis Tertinggi BN berpuas hati dengan tahap persiapan untuk mendepani pilihan raya.

Mesyuarat juga dilaporkan berbincang tentang permohonan beberapa parti untuk menyertai BN.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast