KUALA LUMPUR – Ban pecah di dua lokasi di Tanjong Karang, Selangor kira-kira jam 10.30 pagi tadi mengakibatkan limpahan air ke jalan raya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, lokasi yang terjejas ditenggelami air sehingga paras tiga kaki (0.9 meter) adalah Kampung Tok Adam, Jalan Masjid Baru dan Taman Kompema.

Dalam masa yang sama, pihak bomba telah memindahkan seorang warga emas yang uzur ke rumah saudara terdekatnya.

“Sehingga kini keadaan terkawal dan paras air semakin surut,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, sehingga kini tiada pusat pemindahan dibuka susulan kejadian itu.

Sementara itu kenyataan tersebut berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang di Jalan Kilang Padi akan memantau fenomena air pasang yang diramal berlaku pada jam 6 petang ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast