The Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Covid-19 SOP flash flood floods Labour Day public holiday
Sultan Sharafuddin Idris Shah.

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari sebenarnya tidak membuat permintaan kepada Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada tahun ini ketika mengadap baginda pada 11 Oktober lalu.

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Muhamad Munir Bani sebaliknya Amirudin berhasrat untuk meneruskan pentadbiran kerajaan negeri.

“Baginda Sultan Selangor mengambil maklum akan kedudukan ini dan mengharapkan agenda pembangunan Negeri Selangor yang telah dirancang dapat diteruskan demi kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mendapati beberapa kenyataan yang kurang tepat di akhbar dan media sosial berhubung keputusan kerajaan negeri Selangor tidak membubarkan DUN  Selangor bagi mengadakan pilihan raya pada tahun ini.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette