KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dikecam penduduk Kondominium Tanjung Court, Ayer Itam di Pulau Pinang kerana didakwa gagal membantu mereka dalam permohonan untuk mendapatkan tangki air baharu sejak empat tahun lalu.
Luahan penduduk terhadap pemimpin DAP berkenaan dapat disaksikan dalam rakaman video berdurasi 2 minit 46 saat yang tular dalam media sosial termasuk laman Facebook Penang Indian Networks hari ini.
Seorang lelaki yang mewakili penduduk mendakwa, dia telah berulang kali meminta Ramkarpal datang ke kondominium tersebut sejak 2018 untuk melihat masalah mereka yang terpaksa meminum air yang kurang bersih.
“Dia tidak ambil peduli,” katanya dalam nada yang tinggi di hadapan Ramkarpal dan beberapa individu lain di hadapan pejabat perbadanan pengurusan Kondominium Tanjung Court.
Tambah lelaki berkenaan, PH telah berjanji untuk menyelesaikan masalah tangki air itu pada Mac 2018.
“Sehingga kini, ia tidak disiapkan. Empat tahun… janji dicapati. Kita terpaksa menunggu dan menunggu,” katanya.
Ramkarpal kemudian memberitahu, tujuannya datang adalah untuk menjelaskan tentang apa yang berlaku.
Beliau turut berjanji untuk menangani isu yang dihadapi penduduk kondominium berkenaan dalam masa seminggu daripada tarikh perjumpaan itu. – MalaysiaGazette
4 tahun tak boleh settle tangki air kah? tp nak PRU, 1 minggu jaa blh settle? haaa DAP musibat..padan lah muka orang Penang