Kit Siang naratif Hadi gagal Pas rakyat bangsa Malaysia
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan calon perdana menteri terbaik jika dibandingkan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, berbanding BN dan PN hanya Anwar serta Pakatan Harapan (PH) sahaja yang mendukung konsep Malaysia majmuk untuk semua masyarakat.

“Kerana inilah Anwar adalah calon Perdana Menteri ke-10 yang lebih baik berbanding dengan calon-calon lain dari dua gabungan politik UMNO/BN dan PN,” kata Kit Siang.

Dalam tulisan di blognya, beliau mendakwa, BN terus mendukung idea ketuanan Melayu sedangkan selepas enam dekad negara seharusnya sudah bercakap mengenai ketuanan Malaysia dan Malaysian First.

“Zahid (pula) mengatakan yang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menjadi Perdana Menteri sekiranya gabungan UMNO, BN menang. Saya tidak rasa yang Ismail Sabri benar-benar percaya dengan Zahid walaupun dia terpaksa berpura-pura yang Zahid akan mengotakan janjinya ini.

“Adakah kita mahu Muhyiddin ‘si penikam belakang’ atau Hadi yang merupakan pelampau Islamis menjadi perdana menteri – Hadi yang mengatakan rasuah dalam kalangan orang Islam tidak apa tetapi tidak boleh dalam kalangan orang bukan Islam?

“Kedua-dua gabungan politik ini tidak menerima Malaysia sebagai masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa, agama, dan budaya,” katanya.

Kit Siang berkata, walaupun tidak lagi berada dalam politik barisan hadapan, beliau akan terus memberikan jiwa dan raga untuk mengejar impian Malaysia.

Ianya bermula dengan cita-cita untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 untuk memulakan proses pemulihan dan pembaharuan Malaysia supaya dapat menjadi sebuah negara majmuk hebat yang bertaraf dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. apa uncle ni sembang..anwar ada masalah integriti yg buruk. adakah bila pihak PH semuanya suci walaupun seorang homoseksual dan perasuah. tolam anwar tolak PH yang hipokrit.

  2. Apa u sembang kit siang?? Lu bubar la DAP kasi semua masuk PKR kalau betui itu macam..u sokong dia sebab u mau tunggang dia macam kuda saja..poorah

Comments are closed.