Universal Resort di Beijing. Foto Twitter

BEIJING – Taman tema Universal Resort di sini telah ditutup buat sementara waktu berikutan langkah pencegahan Covid-19.

Kes telah meningkat di bandar ini walaupun China melaksanakan sekatan anti-coronavirus yang paling ketat di dunia.

Setakat semalam, Beijing yang memiliki lebih 21 juta orang penduduk – melaporkan 19 jangkitan simptomatik dan satu kes tanpa gejala.

Dasar sifar-Covid China telah menyaksikan bandar-bandar dan tarikan-tarikan pelancong ditutup walaupun jumlah jangkitan yang agak kecil.

Taman itu, yang sebahagiannya dimiliki oleh gergasi media AS Comcast, tidak menyatakan bila ia akan dibuka semula, tetapi berjanji untuk membayar balik atau menjadualkan semula tiket.

“Kami akan terus menilai kesan ke atas operasi dan berusaha untuk menyambung semula operasi secepat mungkin,” katanya di Weibo, platform media sosial China.

Tambahnya, taman tema itu akan terus menjalankan kerja-kerja pencegahan dan kawalan wabak, seperti pembersihan mendalam, nyah kuman dan ujian asid.

Ini adalah kali kedua taman tema itu terpaksa ditutup selepas dibuka pada September 2021.

Ia ditutup selama enam minggu dari awal Mei lalu kerana langkah-langkah pencegahan Covid-19. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast