Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meninggalkan mahkamah selepas diperintah membela diri atas pertuduhan kes yang dihadapinya iaitu empat pertuduhan berkaitan pecah amanah dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) berjumlah RM1 juta dan pengubahan wang haram di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 28 OKTOBER 2022.

KUALA LUMPUR – “Saya masih belum didapati bersalah”. Itu penegasan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas Mahkamah Tinggi memerintahkan beliau membela diri berhubung empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu berkata, prima facie tidak bermaksud beliau sudah dibuktikan bersalah.

“Hanya peguam pendakwaan dapatkan bukti kes mereka. Jadi sekarang, saya kena membela di mahkamah untuk buktikan kes saya pula.

“Saya masih belum didapati bersalah. Kes saya akan bersambung pada Februari . Time to tell my story!” ciap Syed Saddiq di Twitter.

Kata Syed Saddiq, beliau tidak gentar terhadap keputusan mahkamah hari ini.

Penyandang kerusi Parlimen Muar itu berkata, beliau sama sekali tidak akan lari daripada undang-undang negara.

“Kami tak takut , kami tak gentar. Ini masa untuk kami membela diri. Now is the time.

“Kami tak akan lari dari sistem kehakiman. It is not over yet,” kata beliau.

Sementara itu, Syed Saddiq berharap ibu bapanya tetap menyimpan kepercayaan terhadap diri beliau.

Syed Saddiq berkata, keputusan mahkamah hari ini bukan satu kekalahan dan beliau yakin kebenaran akan ditegakkan.

“Mama and Abuyah. My everything. Ini bukan kekalahan. Now is our time to get our side of the story out!

Have faith. It is not the end. Kebenaran akan ditegakkan,” kata beliau.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid memerintahkan Syed Saddiq membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap semua pertuduhan di akhir kes pendakwaan itu.

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan untuk Syed Saddiq membela diri bermula 22 hingga 24 Februari serta 13 dan 14 Mac dan 10 hingga 14 April tahun hadapan.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.

Pertuduhan dikemuka mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri, iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya, ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, iaitu hasil daripada aktiviti haram.-MalaysiaGazette

 

2 Komen

  1. Woi..masa DSN sebelum didakwa lg ko dan Medey dah tuduh dia kaki sakau laaa ..perompak laa…mcm2 yer…bila sampai turn ko…perghh bukan main lg..tak payah nak abuya2 laa…nama bapak ko pun ko tipu padahal ko sakau duit..siap masuk dlm ASB lg…pelaburan masa depan kaaa?

  2. kisah Sadiq sigaragar dalam filem P. Ramlee Akan muncul kembali bersama tuan penasihat 25% akan diJUAL

Comments are closed.