Seorang petugas kesihatan melakukan proses ujian saringan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kes baharu jangkitan Covid-19 melonjak kepada 3,296 semalam, menjadikan kes terkumpul sebanyak 4,855,390.

Manakala hanya satu kes kematian dilaporkan dalam tempoh sama.

KKMNOW melaporkan sebanyak 30,005 kes aktif semalam termasuk 28,721 dikuarantin di rumah.

Seramai 1,276 orang dimasukkan ke hospital dengan 58 di tempatkan di unit rawatan rapi.

Daripada jumlah itu, 35 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula sebanyak 1,966. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast