Khalid Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Tindakan Datuk Phahrolrazi Zawawi menghasut ahli dan pimpinan Amanah di Kedah agar memboikot pilihan raya umum kali ini amat tidak wajar dan tidak boleh diterima oleh parti.

Oleh itu, Jawatankuasa Pengurusan Amanah Nasional mengambil keputusan memecat beliau, kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Abdul Samad.

Menurutnya, walaupun dalam kalangan pemimpin boleh berbeza pandangan dalam strategi parti dan agihan kerusi tetapi tindakan menghasut ahli dan pemimpin agar memboikot pilihan raya amat tidak wajar dan tidak boleh diterima.

“Ianya bagaikan tindakan sabotaj dan menjejaskan kepentingan Amanah dan Pakatan Harapan,” katanya yang mengulas tindakan Amanah terhadap Phahrolrazi.

Khalid mengakui Phahrolrazi berjasa kepada parti itu termasuk termasuk menjadi pemimpin awal yang sama-sama menubuhkan dan memimpin Amanah di Kedah.

Namun tindakan beliau adalah keterlaluan, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast