Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama timbalannya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai hadir pada Majlis Pengumuman Calon Perikatan Nasional sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 01 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu – masing-masing akan mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh dan Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Beliau mengumumkan senarai calon Perikatan Nasional (PN) malam ini di Dewan MITEC di sini malam ini.

Turut diumumkan ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang akan bertanding di Gombak, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut), Datuk Seri Rina Harun (Sepang) dan Datuk Seri Mas Ermiyati Samsudin (Masjid Tanah).

Senator Mohd Radzi Jidin bertanding di Putrajaya, Datuk Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Eddin Syazlee Shith (Kuala Pilah) dan Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof (Alor Gajah).

Calon Pas ialah Senator Datuk Senator Idris Ahmad bertanding di Bagan Serai, Ir. Khairil Nizam Khirudin (Jerantut), Dr. Halimah Ali (Kapar) dan Datuk Dr. Yunus Hairi (Kuala Langat).

Senarai calon bagi Kelantan dan Terengganu akan diumumkan esok oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. – MalaysiaGazette