Covid-19 cases infections screening Ahmad Adam Mohd Rozain, 33, using the RTK-Ag Covid-19 self-test kit to at his house in Section 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 23 JULY 2021. Covid-19 cases
An individual performing the Covid-19 self-test using the RTK-Antigen test kit. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 23 JULY 2021.

KUALA LUMPUR – Kes baharu jangkitan Covid-19 di negara ini melonjak kepada 4,711 semalam berbanding 3,969 kelmarin, menjadikan kes keseluruhan 4,914,557.

Kes-kes tertinggi direkodkan di Selangor (1,609), Selangor (1,609) Kuala Lumpur (1,168), Perak (391), Negeri Sembilan (299), Pulau Pinang (232), Sabah (215) dan Melaka (149).

Manakala Kedah (135),Kelantan (128), Putrajaya (111), Pahang (79), Sarawak (75), Johor (60), Terengganu (41), Labuan (14) dan Perlis (5).

Namun tiada kes kematian dilaporkan KKMNOW semalam.

Sejak pandemik ini melanda, Malaysia merekodkan 36,480 kes kematian.

Kes aktif yang direkodkan semalam 34,609 dengan 32,959 dikuarantin di rumah.

Jumlah yang dirawat di hospital sebanyak 1,586 termasuk 67 ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 47 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula sebanyak 3,120. – MalaysiaGazette

COVID-19: Dua kes Omicron XBB dikesan di Sarawak