Calon Barisan Nasional P.088 Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin (tiga kiri) beramah mesra dengan Linosha Darshini (dua kanan) ketika menghadiri sambutan hari jadinya sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di MK Curry House, Mentakab, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2022.

MENTAKAB – Wakil rakyat orang luar yang pernah mewakili Parlimen Temerloh sebelum ini didakwa gagal menjiwai denyut nadi penduduk.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Temerloh, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata, mereka jarang berada di kawasan sebelum ini.

“Dua penggal kita diwakili pembangkang, suara rakyat tak pernah didengari kerana mereka bukan orang asal Temerloh dan tidak menjiwai Temerloh.

Calon Barisan Nasional P.088 Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin menghadiri satu majlis sambutan hari jadi sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di MK Curry House, Mentakab, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 05 NOVEMBER 2022.

Mood inginkan perubahan semakin meningkat dan rakyat kini melihat track record seseorang pemimpin,” katanya.

Beliau berkata demikian menhadiri majlis harijadi Lonisha Darshini kali ke 21 di Taman Rimba malam tadi.

Sementara itu, menurut Mohd Sharkar, pemimpin BN Temerloh tidak berhenti membantu penduduk walaupun tidak tidak memenangi kerusi ahli Parlimen.

“Ketika susah dan banjir, kita BN walaupun selepas kalah PRU14, kita terus bekerja sampai PRU15 tanpa henti, harungi Covid-19, bantu mangsa banjir bersama rakyat,” ujarnya lagi.

Selain merampas Parlimen Temerloh, pada PRU15 ini BN juga berazam merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentakab.

Kali ini BN diwakili oleh Ketua Pemuda MCA Temerloh, Wong Tze Shiang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast