Shahril Hamdan

MELAKA – Calon BN untuk kerusi Parlimen Alor Gajah mendapat tumpuan dalam kalangan pengguna media sosial selepas dikatakan berwajah seperti Tony Leung.

Tony merupakan bintang filem berasal dari Hong Kong yang membawa watak Wenwu dalam filem adiwira Marvel “Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.”

Sinchew Daily melaporkan, satu video yang menunjukkan Shahril menggunakan dialek Hakka semasa berkempen tersebar dan calon itu digambarkan sebagai mirip Tony Leung.

Dalam video itu, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong kelihatan mengajar Shahril untuk berkempen dalam dialek Hakka.

Sementara itu, di Kota Melaka, calon PH, Khoo Poay Tiong terserempak dengan seorang pencuri bendera PH.

China Press melaporkan, calon dari DAP itu kemudian mempersoalkan tindakan warga emas itu yang mengikatkan bendera dan batang kayu bendera pada basikalnya.

Poay Tiong bagaimanapun membenarkan pakcik itu untuk membawa pulang bendera tersebut apabila diberitahu bahawa dia ingin menggunakan batangnya untuk menyidai kain.

Dalam kisah berlainan di Tebrau pula, calon BN iaitu Datuk Nicole Wong bertenang ketika berdepan sindiran dari pengundi.

Semasa berkempen di sebuah kedai kopi, seorang lelaki dirakamkan mengucapkan ” good luck, tetapi saya harap anda kalah” dalam keadaan senyum kepada Nicole.

Keadaan itu bagaimanapun tidak  menyebabkan Nicole tersinggung, tetapi dia menjawab “jangan bimbang, saya akan anggap ini sebagai pengalaman.”

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast