Peserta KLSCM 2022 yang rebah semasa berlari hujung minggu lalu meninggal dunia hari ini.

KUALA LUMPUR- Seorang peserta larian Marathon Standard Chartered Kuala Lumpur (KLSCM) disahkan meninggal dunia hari ini selepas beberapa hari bertarung nyawa.

Perkara itu dimaklumkan penganjur KLSCM dalam satu kenyataan hari ini.

“Abdul Rahman Kifli, 47, ditemukan tidak sedarkan diri di Jalan Dang Wangi pada 6.01 pagi.

“Dia berikan bantuan CPR sebelum segera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan menaiki ambulans.

“Bagaimanapun, Abdul Rahman terus tidak sedar dan bergantung kepada sokongan hayat dan menghembuskan nafas terakhir, awal hari ini,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, pihak keluarga allahyarham meminta supaya diberikan privasi dan sehubungan itu, tiada butiran lanjut akan dikongsikan oleh pihak penganjur.

KLSCM yang digelar “hari raya” oleh pelari-pelari marathon diadakan pada hujung minggu lalu selepas ditangguhkan dua tahun akibat pandemik Covid-19. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast