KUALA SELANGOR – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akur kepada teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar tidak bercakap soal pemilihan UMNO ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau bagaimanapun akan memberi fokus untuk memenangkan BN pada pilihan raya kali ini yang menampilkan calon muka-muka baharu pada 19 November ini.
“Memang kita fokus kepada pilihan raya, saya rasa satu sahaja daripada pelbagai persoalan yang ditanya dalam temubual saya semalam.
“Jadi saya jawablah, tapi saya tidak terlalu banyak tumpu kepada isu tersebut, memang PM betul, kita tumpu kepada pilihan raya sekarang ini.
“Tapi orang nak melihat juga bahawa muka-muka baharu dalam BN ini menandakan satu rejuvenasi dalam BN, itu sahaja,” katanya kepada pemberita di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, Bandar Puncak Alam, di sini.
Terdahulu Khairy Jamaluddin menghadiri sesi Townhall bersama 600 pelajar STPM Selangkah Ke Menara Gading bersama Ikon Malaysia.
SEbelum ini, Perdana Menteri menegaskan bahawa setiap pemimpin UMNO seharusnya memfokuskan kepada memenangi PRU15 terlebih dahulu sebelum memikirkan soal pemilihan parti.
Jelasnya, perkara itu tidak seharusnya dibincangkan oleh mana-mana pemimpin UMNO kerana ia boleh menimbulkan pertelagahan semasa sendiri. – MalaysiaGazette
Ni common sense je.. tak perlu tunggu ditegur baru nak sedar. Menang di kerusi yg ditandingi tak ada makna kalu kerusi2 lain melingkup. Kemenangan sesebuah kerusi bukan kehebatan individu tapi sokongan dan dokongan rakan2 seperjuangan.