Ab Rauf Yusoh Speaker Melaka state assembly dissolved government election
Ab Rauf Yusoh

MELAKA – Exco Kanan Pelaburan negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mengesahkan projek taman tema Disneyland yang diumumkan Exco Pelancongan, Datuk Muhammad Jailani Khamis, tidak pernah dibincangkan dengan beliau.

Menurut Ab Rauf, beliau juga tidak mendapat sebarang maklumat mengenai perkara itu daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Jelasnya, sebagai Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, beliau tidak mempunyai butiran projek bernilai RM2 bilion itu seperti dilaporkan media.

“Ya saya tak tahu, di luar pengetahuan saya, saya belum dapat maklumat lagi (dan) saya tak tahu apa dia (Jailani) buat.

“(Jailani) tak ada berbincang dengan saya,” katanya ketika dihubungi Malaysia Gazette di sini hari ini.

Terdahulu media hari ini melaporkan Disneyland menafikan taman tema terkenal itu akan dibuka di Jasin, Melaka pada 2027.

Ia susulan pengumuman yang dibuat Jailani Selasa lalu, sehingga menjadikan Melaka sebagai bahan ketawa dunia.

Semalam, sebuah portal kerajaan negeri melaporkan, Melaka akan membangunkan sebuah taman tema Disneyland dan Disney City berkeluasan kira-kira 80.9 hektar, yang terbesar di Asia Tenggara.- MalaysiaGazette

 

Artikel berkaitan

 

Disney nafi bina Disneyland di Melaka, Jailani ditertawakan dunia

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast