Foto Instagram Aliff Syukri.

KUALA LUMPUR- Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri secara terbuka menyatakan sokongan terhadap calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, lelaki berusia 35 tahun itu dilihat menghadiri kempen Khairy yang merebut kerusi bagi Parlimen Sungai Buloh.

Bagaimanapun, Aliff mencuri perhatian netizen apabila menggelarkan Menteri Kesihatan itu sebagai ‘Abah’ sehingga mengundang teguran dalam kalangan pengikutnya.

Ini kerana panggilan ‘Abah’ sinonim dengan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu beliau memerintah dalam tempoh pandemik Covid-19.

Sementara itu, kerusi Parlimen Sungai Buloh menyaksikan pertembungan tujuh penjuru antara BN, Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Gerakan Tanah Air (GTA) serta dua calon bebas.

Saingan sengit di kerusi parlimen itu membabitkan Khairy daripada BN, R Ramanan (PH), Mohd Ghazali Md Hamin (PN), Mohd Akmal Yusoff (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan dua calon Bebas masing-masing, Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff, 62, serta Nurhaslinda Basri, 33.

Dalam pada itu, Aliff turut memuatnaik satu video yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.

Sambil memegang bendera BN, Aliff membuat aksi berkawad dan memberi tabik hormat disebelah poster Perdana Menteri.

“Hidup Tok Mail (Ismail Sabri),” kata Aliff. – MalaysiaGazette

Foto Instagram Aliff Syukri.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast