KUALA LUMPUR – Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), banyak pihak terus menunjukkan sokongan kepada parti atau pemimpin pilihan masing-masing di media sosial.
Tidak ketinggalan nama hebat dalam arena usahawan iaitu Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Vida turut sama menyatakan sokongan buat PRU15 kali ini.
Selebriti media sosial itu menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan memuat naik video di TikTok.
Vida pula memuat naik video menggunakan ‘filter’ yang tertulis “Siapa calon perdana menteri pilihan saya”.
Carian ‘filter’ itu terhenti pada gambar Ismail Sabri dan usahawan kosmetik itu sambil menjerit dan bertepuk tangan dengan keputusan itu.
PRU15 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 117 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang, Perlis dan Perak serta Bugaya di Sabah. – MalaysiaGazette