LIPIS – Pengundian bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman ditangguhkan susulan kematian calon Perikatan Nasional (PN) pagi tadi.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata demikian mengulas susulan kematian Md. Yunus Ramli.
“Pengundian bagi DUN Tioman ditangguhkan tetapi Parlimen (Rompin) diteruskan. Kita serah pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuang undi di Sekolah Menengah Tanjung Gahai di sini hari ini.
Md Yunus, 61, disahkan meninggal dunia di Hospital Rompin pada 3.30 pagi tadi.
Allahyarham daripada Pas yang juga Ketua Pas Cawangan Sungai Puteri dan Pengarah 2 Jawatankuasa Pilihan Raya Kecil DUN Tioman sebelum ini pernah bertanding di DUN sama pada pilihan raya umum 2018.
Pada PRU15, DUN Tioman menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Md Yunus, Sulaiman Bakar (Bebas), Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan) dan Datuk Seri Mohd Johari Hussain (Barisan Nasional).
Terdahulu, Wan Rosdy yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang itu hadir bersama isterinya, Datin Seri Datuk Burhah Mohammaed bagi membuang undi di
Wan Rosdy dalam masa sama mengucapkan selamat mengundi kepada rakyat Pahang.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: