Setelah kerajaan Perak ditubuhkan dengan kerjasaman Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) - langkah yang sama bakal disusuli oleh kepimpinan kedua-dua gabungan parti itu di Pahang.- Gambar hiasan.

IPOH – Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung semalam.

PN berjaya menawan 26 kerusi DUN manakala PH pula menguasai 20 kerusi dan lapan kerusi lagi dikuasai oleh Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun jumlah undi bagi lima lagi DUN masih lagi dikira sehingga awal pagi ini. Keseluruhan Perak mempunyai 59 DUN.

Bekas Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Pengerusi BN Perak berjaya mempertahankan DUN Kota Tampan dengan memperoleh 5,468 undi dengan 1,237 majoriti.

Beliau menewaskan calon PN Jamil Yahya (4,231) dan calon PH Mohamad Sabri Abdul Manaf (1,637) undi.

DUN Perak masih lagi tergantung kerana gabungan parti yang bertanding tidak mendapat jumlah majoriti 30 kerusi untuk membentuk Kerajaan Negeri.-MalaysiaGazette